Lelaki Modern Vs Lelaki Kuno

PERBEDAAN LELAKI DULU DAN LELAKI SEKARANG (MASA KINI)

tumblr_mb64w7X7ed1qdxa23o1_500

Dulu,

Bila disebut lelaki, Wanitanya mendongak megah,

Lelaki kami Asadullah, Saifullah, Tokoh ramai tak terkira,

Kini,

Bila disebut lelaki, Wanitanya menunduk lemah,

Tokoh kami sedikit sekali, Ramainya, boneka Yahudi.

Dulu,

Bila disebut lelaki, Wanitanya tenang di hati,

Lelaki kami menjaga, melindungi,

kini,

Bila disebut lelaki, Wanitanya mahu cabut lari,

Lelaki khianat, perogol bersiri.

Dulu,

Bila seorang wanita teraniaya,  Sepasukan kuda putih membela,

Al-Mu’tasim kebanggaan wanita,

Kini,

Ribuan wanita suci dipenjara, Fatimah diperkosa minta dibela,

Lelaki tunduk tak bertenaga.

Dulu,

Bila wanita di bawah jagaannya, Lelaki memagari sehabis daya,

Tiada siapa berani menggoda,

Kini,

Bila wanita di bawah jagaannya, Lelaki tak kisah auratnya terbuka,

Wanitanya dibiar bebas, binasa.

Dulu,

Lelaki menggadai harta dan nyawa, Untuk mengangkat kemuliaan agama,

Kini,

Lelaki menggadai ketinggian agama,

Demi nafsu, dunia dan seisinya.

Dulu,

Lelaki bermatian mencipta sejarah,

Kental berjihad, tekun berdakwah,

Kini,

Lelaki hanya menyanjungi sejarah,

Diri bermalasan, tenaga tak dikerah.

Dulu,

Lelaki memperjuangkan deen dan ummah,

Al-Farouq, Zunurain mati terbunuh,

Kini,

Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,

Hingga sanggup membunuh.

Dulu,

Lelaki bersatu menghadapi musuh,

Angkatannya kuat dan teguh,

Kini

Lelakinya berpuak dan berpecah,

Sesama sendiri saling bertelingkah.

Kembalilah lelakiku, Pada kelelakianmu,

Kami rindukan lelaki dulu, Acuan Madrasah Rasul.

Srikandi, Damsyik, Syria

* Dipetik dari novel ‘Syabab Musafir Kasih’ Karya Fatimah Syarha Mohd. Noordi

asli nge-jleeeb kali Astagfirullah  :(

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s